RESEPI TOM YUM AYAM ALA THAI MUDAH , CEPAT DAN SEDAP

Hari ini Chem masak Tom Yum Ayam Ala Thai mudah saja cara nak buatnya...Tom Yum yang SEDAP adalah dari pes yang SEDAP...dekat sini Chem pakai pes Tom Yum dari adabi mudah ja semua bahan dah ada
Perencah Tom Yum Adabi

BAHAN-BAHAN

*2 liter air
*1 botol perencah adabi(kalau Korang buat sikit boleh 1/2botol sahaja)
*6 ketul dada ayam
*1 biji Bawang Holland(hiris kasar)
*1 batang serai(diketuk)
*2 biji tomato
*Jagung kecil(yang ada dikedai)
*Sedikit kubis bunga
*2 biji buah limau purut/1 biji lemon
*3 helai daun limau purut
*5 tangkai cili padi(ikut cita rasa masing-masing chem sukakan sedikit pedas)
*sedikit garam 


CARA-CARA

*Ambik periuk dan isikan 2 liter air panaskan.

*Masukkan perencah adabi ke dalam air dan biarkan sehingga mendidih.


*Kemudian, masukkan serai yang diketuk tadi.


*Masukkan air perahan limau   kasturi danlimau purut.


*Kemudian masukkan ayam biarkan sehingga ayam masak.

*Seterusnya masukkan cili padi, bunga kobis , tomato, Bawang Holland Dan jagung kecil.

*Biarkan 3 minit.Kemudian tutupkan api.Siap!

Selamat Mencuba,😘






Comments