Assalamualaikum semua. Ade yg merengek ketinggalan resepi😂halah3 mai cubit pipi sikit.Malas cari le tew.Kek ni tiba2 permintaan mendadak tinggi mungkin sbb org baru rasa dan sedap giler ek😂.Mana xmampu beli lg boleh buat sendiri bile2.
RESEPI PANDAN CHEESE
Bahan-Bahan:
*5 biji telur
*1 sb ovalate
*1sb emolco PANDAN COCONUT (mesti ade tulisan ini wajibbbb )
*2sk pewarne hijau epal(kena warne ini baru sama macam pandan)
*1 cawan gula halus(200g)
*ok mix sampai gebu maksudnye dari warne hijau- pekat bertukar jadi warne hijau pudar dan adunan jadi pekat dan gebu.
Bahan-Bahan(ayak)
*2 cawan tepung gandum (220g) jenama cap ros atau bakers choice
* 1 sk baking powder
*1 sk cream off tartar
* 1/2 sk soda bikarbonat
*bile dah gebu tadi slowkan mixer dan masukkan:
* tepung sikit-sikit ye berselang dengan
* 1/2 cawan minyak masak.
*Masuk dalam bekas sq 450/350 1/4 bekas,so bile dikukus akan naik jadi 1/2 bekas ruang setengah bekas lagi adalah cheese nye.
*Panaskan pengukus dan kukus 10 minit.Pastikan permukaan bekas kek tadi ditutup dengan plastik wrap sebelum kukus.Tebalikkan kek lepas masak.
Topping Paling Sedap di alam semesta
Bahan-bahan :
*500g cream cheese tatura /dairyland wajib suhu bilik
*1/2 tin susu pekat jenama saji atau dairy champ
*1 cawan whipping jenama amborg atau shani
* 1 cawan susu segar jenama marigold atau ducth lady
* (kalau korang tak nak pekat sangat boleh tambah susu segar lagi ye ikut citarasa korang.)
sejuk kan beku 1-2 jam
Topping nya ganace dia
ganace
*300g dark compound beryls
*1 blok 250g cadbury
*2sb majerin
*2 cawan whipping dairy
Cara-Cara
*masuk loyang dan masuk oven atau pengukus
*wiskkan dan biakan sejuk
*Tuang atas kek yg dah sejuk beku kemudian lorek nutella dan tepi2 crumble dr lebihan kek pandan td.
siap dah yeayy!!
Selamat mencuba
Comments
Post a Comment